Dalam kesibukan hidup dan beratnya tanggungjawab, perhatian terhadap kesihatan seringkali diabaikan. Namun, semakin ramai orang kini sedar betapa pentingnya saringan kesihatan yang menawarkan harapan untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik.
Penyakit tidak mengenal waktu, datangnya pun tiba-tiba. Situasi ini tentunya membuat seseorang cemas jika ada kecemasan kesihatan. Semua ini boleh dielakkan dengan melakukan Saringan Kesihatan Percuma.
Apa Itu Saringan Kesihatan Percuma?
Saringan kesihatan percuma merupakan inisiatif untuk mengesan penyakit pada tahap awal. Melalui saringan, individu dapat mengenal pasti risiko kesihatan dan mendapat nasihat awal untuk pencegahan penyakit serius.
Program Saringan Kesihatan 3.0
Program Saringan Kesihatan 3.0 diperkenalkan oleh PERKESO, menawarkan pemeriksaan komprehensif tanpa kos kepada golongan sasar. Program ini merangkumi pelbagai jenis ujian untuk menilai risiko penyakit tidak berjangkit.
Kelayakan Program Saringan Kesihatan 3.0
Program ini terbuka untuk warganegara Malaysia yang berumur antara 40 hingga 59 tahun dan aktif mencarum dengan PERKESO. Langkah ini memastikan mereka yang paling berisiko mendapat manfaat daripada program ini. Biasanya penyakit kronik akan mula timbul bila dah sampai ke tahap umur ini.
Antara syarat-syarat kelayakan adalah
Berumur antara 40 hingga 59 tahun
Merupakan pencarum aktif PERKESO
Di bawah Skim Keilatan (mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) caruman terkini dalam tahun semasa)
Telah mencarum sekurang-kurangnya 12 bulan di bawah Skim Keilatan
Di Mana Nak Dapat Saringan Kesihatan Percuma?
Saringan boleh didapati di pusat kesihatan yang terlibat dengan program ini. Pencarum PERKESO boleh memeriksa kelayakan dan membuat temujanji melalui aplikasi atau portal rasmi SEHATI.
Untuk artikel ini kami akan memberi spotlight kepada Klinik Haza.
Klinik Haza Sebagai Panel Program HSP 3.0
Klinik Haza bangga menjadi salah satu panel klinik yang terpilih untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan di bawah Program HSP 3.0. Ini bermakna, pekerja yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan boleh datang ke Klinik Haza tanpa perlu membayar apa-apa yuran.
Details klinik Haza Alamat:
29-1(GF), Jalan Dataran Suria 15/7/1, Dataran Suria, Puncak Alam
No. Telefon: 017-995 2088.
Pemeriksaan Kesihatan Onsite di Kilang-Kilang
Selain itu, Klinik Haza juga menawarkan perkhidmatan unik di mana mereka bersedia datang ke kilang-kilang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara onsite. Inisiatif ini diambil bagi memudahkan pemeriksaan kesihatan pekerja tanpa perlu meninggalkan tempat kerja, menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Ini?
Pihak syarikat atau HR yang berminat untuk mengaturkan sesi pemeriksaan kesihatan bagi pekerja mereka boleh terus menghubungi Klinik Haza untuk membuat temujanji. Dengan melakukan ini, syarikat dapat menunjukkan komitmen mereka terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja, selain memastikan keberlangsungan produktiviti kerja yang tinggi.
Klinik Haza komited untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mudah diakses oleh semua. Melalui penyertaan mereka dalam Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0, mereka berharap dapat membantu lebih banyak pekerja di Malaysia untuk menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik.
Program Saringan Kesihatan 3.0 adalah langkah proaktif untuk meningkatkan kesihatan awam. Dengan memanfaatkan peluang ini, individu dapat mengambil langkah awal dalam mencegah penyakit dan menjaga kesejahteraan diri dan keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk menjalani saringan kesihatan percuma dan jadikan ia sebahagian daripada rutin penjagaan diri anda.
Comments