top of page

Akupunktur Tangan : Rahsia Rawatan Akupunktur KORYO Korea

Updated: Mar 9, 2024

Koryo Hand Therapy (KHT) / Akupuntur Tangan Korea: Rahsia Rawatan


Baru-baru ini, team Jom Medik berpeluang untuk menemu bual, [nama founder],

pengasas Furqan Wellness yang berkongsi mengenai teknik rawatan Akupuntur

Tangan Koryo dari Korea atau dikenali sebagai Koryo Hand Therapy.


Untuk anda mudah faham, Koryo Hand Therapy (KHT) merupakan 1 teknik rawatan

yang sangat unik dalam dunia akupuntur.Koryo Hand Therapy mengutamakan dan fokus kepada kesihatan organ dalaman hanya dengan menggunakan teknik stimulasi pada tapak tangan sahaja. Unik kan?


Memang tak perlu sampai buka baju dan seluar. Tunjuk tangan, perawat buat

rawatan dan anda boleh rasa kesan dengan segera. Sama ada anda memang sakit dari dalaman atau luaran (trauma atau accident), memang sesuai untuk ikhtiar dengan rawatan Koryo Hand Therapy (KHT) ini.


Apa Itu Furqon Wellness?


Furqon Wellness (Sebelum ini dikenali sebagai Furqon Natural Therapy &

Acupuncture Centre) ialah sebuah klinik yang menawarkan rawatan yang unik dan

menyeluruh untuk pelanggan mereka.


Alamat: No 7, Jalan PJU 10/10e Damansara Damai, 47830, Petaling Jaya, Selangor.


Antara rawatan lain yang mereka sediakan ialah:

● Rawatan Koryo Hand Therapy (KHT) / Akupuntur Tangan Korea

● Rawatan Bekam Tradisional

● Rawatan Infrared Sauna Therapy

● Rawatan Hidroterapi

● Rawatan Ruqyah

● Nasihat/Consultation dalam penjagaan kesihatan.


Furqon Wellness masih berkembang dan berjaya mengukuhkan jenama mereka

sebagai pusat rawatan alternatif yang semakin dikenali di Malaysia dan di Lembah

Klang khususnya.Mari kami kongsikan dengan lebih terperinci mengenai Koryo Hand Therapy (KHT).





Apa Itu Koryo Hand Therapy (KHT)?

KHT atau Akupuntur Tangan Korea merupakan teknik rawatan penyembuhan

daripada Korea. Teknik ini hanya fokus kepada titik-titik stimulasi penting pada tangan sahaja supaya organ dalaman anda lebih sihat. KHT dianggap sebagai mikro-akupuntur dan refleksologi yang tertumpu kepada bahagian tangan.


Kaedah ini sangat selamat dan berkesan untuk menyelesaikan pelabagai jenis

masalah kesihatan yang anda hadapi.


Sama ada, anda baru menghadapi simptom atau sudah mempunyai masalah

kesihatan, kami sangat rekomen untuk anda ikhtiar dengan teknik Koryo Hand

Therapy (KHT), teknik perubatan oriental daripada Korea ini.


Manfaat Utama Koryo Hand Therapy (KHT) Dalam Membantu Anda Untuk

Hidup Lebih Sihat & Bebas Masalah Kesihatan.


Furqon Wellness sudah beroperasi sejak 2018, dan ribuan pelanggan serta pelbagai

jenis masalah sudah berjaya diatasi dengan Teknik Koryo Hand Therapy ini.

● Ada yang baru rasa simptom-simptom sakit.

● Ada yang dah lama sakit.

● Ada yang memang sihat dan cuma mahu jaga kesihatan.


Alhamdulillah. Dengan izin Tuhan, 90% pelanggan sudah mula rasa kesan

positif dengan Koryo Hand Therapy (KHT) ini dan mula ulang rawatan untuk terus

sihat.


Memandangkan Koryo Hand Therapy (KHT) ini memberi rawatan secara

menyeluruh, para pengguna dapat merasai perubahan yang luar biasa.

Itu memang biasa kerana pesakit mungkin ada banyak jenis sakit yang mereka

sedar atau tidak sedar.


Apabila semua masalah berjaya diatasi, badan rasa lebih sihat dan mereka dapat

jalani hidup dengan lebih gembira dan produktif.





Siapa Yang Memerlukan Koryo Hand Therapy (KHT)?

Pelanggan Furqon Wellness datang dari seluruh pelusuk Tanah Air dan ada juga

yang datang dari Luar Negara.


Mereka juga terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan tidak mengira usia

dan bangsa yang mencari rawatan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah

kesihatan mereka supaya boleh hidup sihat.


Di antara masalah yang dapat dibantu adalah:

● Kesuburan

● Insomnia

● Masalah Haid

● Masalah Menopause

● Masalah Muskuloskeletal

● Ketagihan

● Arthritis

● Sakit Belakang

● Masalah Peredaran Darah

● Kemurungan

● Penyegaran Wajah

● Masalah Gastrointestinal

● Demam Hay

● Sakit Kepala/Migrain

● Tekanan Darah Tinggi

● Penjagaan Kehamilan

● Loya Pag

● Masalah Pernafasan

● Rematik

● Masalah Seksual

● Masalah Sinus

● Masalah Kulit

● Penyakit Berkaitan Stres

● Penurunan Berat Badan

● Keletihan Atau Kepenatan


5 Kelebihan Utama Koryo Hand Therapy (KHT).

Setelah diteliti, ada 5 kelebihan dalam Koryo Hand Therapy (KHT) yang terbukti

memberi kesan positif kepada pesakit.


1. Mengurangkan Sakit:

Koryo Hand Therapy (KHT) terkenal dengan kebolehan untuk mengurangkan rasa

sakit dengan stimulasi pada tangan. Malah, sangat berkesan sekiranya sakit itu ada

berkaitan dengan sakit saraf.

Dengan memberi tekanan dan stimulasi pada titik tertentu, tubuh badan kita sendiri

boleh mengurangkan rasa sakit dengan semulajadinya tanpa menggunakan ubat

tahan sakit lagi.


2. Mengurangkan Stres:

Majoriti punca utama stres kerana masalah dalaman yang mungkin kita alami tanpa

kita sedar. Itu yang selalu, buat ini tak kena, buat itu salah, rasa nak marah sahaja.

Memandangkan Koryo Hand Therapy (KHT) ini menyelesaikan masalah dalaman

terutamanya masalah saraf, organ dan hormon, maka tidak hairan lah ramai yang

rasa lega, tenang selepas melalui rawatan ini.

Memang teknik ini dapat memberi manfaat kepada sistem saraf dan seterusnya

dapat mengurangkan ketegangan emosi dan stres.


3. Meningkatkan Peredaran Darah:

Dengan tekanan dan stimulasi dengan teknik Koryo Hand Therapy (KHT), peredaran

darah semakin lancar seterusnya meningkatkan oksigen dan nutrien kepada sel-sel

saraf. Apabila darah beredar dan mengalir dengan lancar tanpa sebarang gangguan,

sistem saraf bertambah baik dan sakit lebih cepat sembuh.


4. Hampir Tiada Kesan Sampingan:

Biar betul kan? Tiada kesan sampingan.

Hal ini kerana Koryo Hand Therapy (KHT) ini hanya melibatkan teknik yang memberi

stimulasi kepada tapak tangan sahaja.

Memang langsung tak melibatkan organ penting seperti jantung, paru-paru dan

lain-lain. Rawatan 100% hanya pada tangan sahaja.

Berbanding rawatan konvensional, Koryo Hand Therapy (KHT) / Akupuntur Tangan

Korea mempunyai risiko efek sampingan yang lebih rendah.

Oleh itu, Koryo Hand Therapy (KHT) menjadi pilihan utama kerana kaedahnya yang

selamat dan tidak berisiko tinggi.


5. Manfaat Yang Menyeluruh:

Koryo Hand Therapy (KHT) merupakan teknik rawatan yang memegang prinsip dan

melihat tubuh badan kita saling berkait.

Oleh kerana itu, ramai pelanggan kami (terutamanya yang first timer), terkejut

kerana hanya memberi tekanan pada tangan boleh menyelesaikan masalah

kesihatan mereka yang lain.


Perbezaan Ketara Antara Beza Koryo Hand Therapy (KHT) Berbanding Akupuntur Tradisional Cina.

Sekarang, kami nak kongsikan perbezaan Koryo Hand Therapy (KHT) dan

akupuntur tradisional dari Cina.


1. Koryo Hand Therapy (KHT) / Akupuntur Tangan Korea :

Tumpuan utama dalam Koryo Hand Therapy (KHT), 100% pada tangan sahaja.

Perawat akan merangsang titik mikro-akupunktur pada tangan, dan terapi ini

dianggap sebagai mikrosistem, bermaksud seluruh tubuh badan boleh diwakili oleh

tangan sahaja.

Oleh sebab itu, rawatan ini hanya fokus pada tangan sahaja.

Ciri Khas : Pelanggan tidak perlu membuka pakaian dan di Furqon Wellness, pesakit

Wanita akan dirawat oleh perawat wanita dan lelaki oleh perawat lelaki.


2. Akupunktur Tradisional China:

Akupuntur Tradisional China biasanya melibatkan tusukan jarum halus ke pelbagai

titik pada tubuh, tidak terhad pada tangan.

Pemilihan titik didasarkan pada prinsip perubatan tradisional China, yang mengambil

kira meridian dan aliran Qi di seluruh tubuh. Walaubagaimanapun, sama ada Koryo Hand Therapy (KHT) / Akupuntur Tangan Korea atau Akupuntur Tradisional Cina, kedua-duanya memberikan manfaat yang penting anda boleh pilih berdasarkan kemahuan anda.

Oleh itu, penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada pakar bidang dalam

memilih rawatan yang sesuai.


Di Furqon Wellness, khidmat nasihat diberi bagi memastikan yang terbaik sahaja untuk pelanggan kami. Anda Boleh Rasai Sendiri Koryo Hand Therapy (KHT) Di Furqon Wellness!


Furqon Wellness ialah pusat rawatan yang pertama di Malaysia yang menyediakan

rawatan Koryo Hand Therapy (KHT) dan pengalaman yang berbeza.

Perawat bertauliah kami bersedia untuk merawat dan memberi khidmat nasihat yang

tepat untuk kebaikan kesihatan anda.


Nama Pusat: Furqon Wellness.

Alamat: No 7, Jalan PJU 10/10e Damansara Damai, 47830, Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: Sabtu-Khamis (9 Pagi - 6 Petang)


Untuk booking atau soalan?

Anda boleh berhubung terus ke talian berikut:

No Telefon Bimbit: 019-9860-727

No Pejabat: 03-6151-0496


Besarlah harapan kami dengan rawatan ini dapat menambahbaik lagi kehidupan

anda supaya anda boleh hidup dengan lebih sihat dan lebih gembira.

Jemput datang ke Furqon Wellness ya.

106 views0 comments

Recent Posts

See All

Klinik Bandaran Klang: Teman Kesihatan Anda

Kenali Klinik Bandaran Klang: Teman Kesihatan Anda Di tengah hiruk pikuk kehidupan bandar Klang, tersembunyi sebuah permata kesihatan...

Comments


bottom of page